dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Bahasa Inggeris Edisi Kedua

20 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari sabtu bersamaan 19 April 2025 telah diadakan satu webinar bahasa Inggeris edisi kedua melibatkan para peserta dari NADI Tanjung Piai. Para peserta yang terdiri daripada empat orang pelajar Tingkatan 4 dan lima orang pelajar dari Tingkatan 5 ini telah mendengar taklimat yang diadakan secara dalam talian. Pelbagai pengisian yang telah disampaikan oleh Cikgu Kiran selaku Guru Cemerlang Bahasa Inggeris demi memberikan input tambahan yang terbaik kepada para pelajar.

Webinar yang dijalankan selama dua jam bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang ini memfokuskan kepada aspek Speaking & Writing serta kosa kata iaitu Vocabulary melalui buku teks. Perkara ini secara tidak langsung mempelbagaikan kaedah pembelajaran kepada para pelajar dalam usaha mereka untuk menguasai pembelajaran subjek Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.